|
The Breast Cancer Survivor`s Guide
Author:Loh Siew Yim • ISBN: 978-983-100-528-6 • Year Published: 2012 • No. of Pages: 211
• Price: RM 42.00
The Breast Cancer Survivor’s Guide is a comprehensive workbook, with the emphasis on a partnership approach between women diagnosed with breast cancer and the health professionals such as medical therapists, psychologists and medical specialists.
|
| |
|
| |
|
Perhubungan Media di Malaysia
Author:Mohd Yahya Mohamed Ariffin • ISBN: 978-983-100-529-3 • Year Published: 2012 • No. of Pages: 188
• Price: RM 42.00
Perhubungan media merupakan aspek yang penting dalam strategi komunikasi sesebuah organisasi. Dengan demikian, amat kritikal bagi pengamal perhubungan awam untuk membina hubungan yang berkesan dengan personaliti media. Penulisan ini berfokus pada amalan perhubungan media di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada empat isu iaitu polisi organisasi korporat, amalan etika kewartawanan, persepsi editor dan bahan perhubungan media.
|
| |
|
| |
|
Menelusuri Peristilahan Bahasa Melayu
Author:Puteri Roslina Abdul Wahid • ISBN: 978-983-100-527-9 • Year Published: 2012 • No. of Pages: 194
• Price: RM 42.00
Buku ini memperkatakan tentang definisi dan konsep ”peristilahan” dan ”terminologi”, kemudian menelusuri sejarah perkembangan peristilahan secara ringkas, dan seterusnya membicarakan persoalan pokok tentang peristilahan dari segi teori, konsep, pendefinisian, kaedah pembentukan (natif dan peminjaman), penstandardan peristilahan, peristilahan profesional, dan akhirnya isu-isu yang sering bermain dalam pemikiran umum tentang peristilahan bahasa Melayu.
|
| |
|
| |
|
Perusahaan Kecil dan dilema usahawan Melayu
Author:Rosman Mahmood • ISBN: 978-983-100-530-9 • Year Published: 2012 • No. of Pages: 236
• Price: RM 48.00
Kedudukan kaum Melayu dalam dunia keusahawanan masih ketinggalan berbanding kaum lain walaupun pelbagai polisi diperkenalkan oleh kerajaan untuk membantu mereka. Persekitaran sosioekonomi yang pantas berubah, memerlukan polisi pembangunan ekonomi Melayu yang lebih selektif dan terfokus. Segala permasalahan yang menjadi kekangan kepada usaha peningkatan mereka perlu dianalisis secara mendalam.
|
| |
|
| |
|
Penilaian Keperluan dalam Pembangunan Komuniti
Author:Haris Abd Wahab & Abd Hadi Zakaria • ISBN: 978-983-100-526-2 • Year Published: 2012 • No. of Pages: 304
• Price: RM 54.00
Buku ini menganalisis kepentingan proses penilaian keperluan dalam pelaksanaan program pembangunan komuniti. Tujuannya untuk mendedahkan kepada para penggerak pembangunan komuniti yang terbabti dengan proses dan ciri-ciri penilaian keperluan sesebuah program pembangunan komuniti.
|
| |
|
| |
|
Suara Minangkabau: Sejarah dan Bibliografi Akhbar dan Majalah di Sumatera Barat 1900-1941
Author:Ahmat Adam • ISBN: 978-983-100-531-6 • Year Published: 2012 • No. of Pages: 269
• Price: RM 48.00
Sejarah pertumbuhan akhbar dan majalah di Sumatera Barat sejak penghujung abad ke-19 hanya difahami jika dilihat dalam konteks sejarah penjajahan Belanda di Indonesia. Selain bertujuan untuk merubah cara berfikir rakyat, pers Minangkabau juga mempunyai matlamat bersifat komersial. Buku ini membincangkan peranan surat khabar dan 'surat berkala' di Minangkabau sebelum pecah Perang Dunia Kedua, dengan meletakkannya dalam konteks masyarakat Minangkabau gigih hendak mencapai 'kemajuan' sekular dan keagamaan.
|
| |
|
| |
|
English in Multicultural Malaysia: Pedagogy and Applied Research
Author:Zuraidah Mohd Don • ISBN: 978-983-100-536-1 • Year Published: 2012 • No. of Pages: 229
• Price: RM 25.00
Like several other Asian countries, Malaysia uses English for a variety of official, professional and everyday purposes. Many Malaysians use English alongside their first language, typically Malay, Chinese or Tamil, but have a particular need for English if they are to succeed in their careers. What is special about this book is that it looks under the surface of the use of English, and shows how the teaching of English is tailored to bring this language situation about, by applying recent developments in the study of English and of English Language Teaching.
|
| |
|
| |
|
Al Asma` Al Husna dan Modal Insan
Author:Mohd Fauzi Hamat dan Mohd Hasrul Shuhari • ISBN: 978-983-100-523-1 • Year Published: 2011 • No. of Pages: 181
• Price: RM 35.00
Buku ini adalah karya ilmiah yang mengetengahkan kepentingan penghayatan terhadap nama-nama Allah SWT yang indah (al-Asma' al-Husna) dalam pembangunan modal insan yang berketerampilan. Idea utama buku ini banyak berdasarkan karya al-Imam al-Ghazali (m.505 H.) berjudul, al-Maqsad al-Asna fi Syarh Ma'ani Asma' Allah al-Husna yang menekankan keperluan manusia berakhlak dengan akhlak Allah SWT, sebagai mana yang tersirat dalam nama-nama-Nya yang maha indah tersebut.
|
| |
|
| |
|
Annotated Sources of Ming History: Including Southern Ming and Works on Neighbouring Lands 1368-1661 (Volume 1 & Volume 2)
Author:Wolfgang Franke. Revised and Enlarged by Liew-Herres Foon Ming • ISBN: 978-983-100-507-1 • Year Published: 2011 • No. of Pages: 1289
• Price: RM 475.00
The present Annotated Sources of Ming History (ASMH) is a completely revised and substantially enlarged edition of Wolfgang Franke’s 1968 edition of An Introduction to the Sources of Ming History (ISMH). As we all know the scholarship of ISMH has been well-acknowledged in the field of Chinese studies worldwide. However, more than forty years after its publication, the ISMH has become obsolete as many of the original Ming sources inaccessible to W. Franke at that time have been reproduced in facsimile or reprinted in typeset. Liew-Herres, in revising the ISMH, has added many works either overlooked by or inaccessible to W. Franke at that time. The ASMH provides annotations to almost 2,500 salient texts pertaining to the history and society of the Ming dynasty, in addition to two detailed introductions dealing with Ming historiography in general. Many rare works on neighbouring lands that had tribute relations with Ming China, as detailed in Section 7, should also be of interest to historians of those lands. The work is supplemented with two indexes (author and book titles), a glossary-index of special terms and official titles, and a bibliography of reference works cited. The ASMH aims at providing key descriptions of the sources, information on authors, the editions, references and original copies available. It is an indispensable source-guide to students and researchers of Ming China and borderlands. When works are known to have been translated into other languages or made use of in Doctoral dissertations, the relevant translations and dissertations are indicated. This extensive collection of annotated sources should be of interest to historiographers as well as to those in the sphere of comparative history.
|
| |
|
| |
|
Refleksi Historiografi Alam Melayu
Author:Tatiana A. Denisova • ISBN: 978-983-100-510-1 • Year Published: 2011 • No. of Pages: 466
• Price: RM 60.00
Buku Refleksi Historiografi Alam Melayu ini dihasilkan untuk mempersembahkan khazanah persuratan Melayu sebagai sumber sejarah yang penting dan berguna.
|
| |
|
| |
|
Pertanian dari Perspektif Ekonomi Islam
Author:Asmak Ab. Rahman • ISBN: 978-983-100-509-5 • Year Published: 2011 • No. of Pages: 149
• Price: RM 38.00
Pertanian merupakan aktiviti ekonomi yang amat penting kepada ekonomi sesebuah negara. Buku ini mengupas prinsip-prinsip Islam berkaitan ekonomi pertanian. Perbahasan buku ini ditumpukan pada pemilikan dan pembangunan tanah pertanian yang terkandung dalam prinsip ihya’ al-mawat, al-harim, aliqta’ dan al-hima. Bagi upah buruh dan penyewaan tanah pertanian pula terkandung dalam prinsip ijarah, muzara’ah dan musaqat. Penulis turut membincangkan mengenai zakat pertanian, syarat-syarat tanaman yang dikenakan zakat serta nisab zakat pertanian. Buku ini turut membincangkan bagaimana Islam menjamin supaya sekuriti makanan dalam masyarakat terjaga dan terjamin melalui beberapa mekanisme agihan iaitu zakat, sedekah, korban, aqiqah, fidyah dan kifarat.
|
| |
|
| |
|
Khazanah Tafsir di Nusantara
Author:Mustaffa Abullah • ISBN: 978-983-100-511-8 • Year Published: 2011 • No. of Pages: 286
• Price: RM 50.00
Pengajian tafsir di Nusantara berkembang selari dengan perkembangan ilmu lain. Ini dapat dibuktikan dengan munculnya beberapa karya agung dalam bidang tafsir.
|
| |
|
| |
|
Hukuman Bunuh Pengedar Dadah Mengikut Siyasah Syariyyah
Author:Wan Norhasniah Wan Husin & Shukeri Mohamad • ISBN: 978-983-100-512-5 • Year Published: 2011 • No. of Pages: 114
• Price: RM 35.00
Buku ini bertujuan untuk menganalisis ketepatan hukuman bunuh ke atas pengedar dadah berasaskan kepada Siyāsah Syar‘iyyah.
|
| |
|
| |
|
Pembangunan Jurnal Ilmiah Malaysia
Author:Roosfa Hashim • ISBN: 978-983-100-516-3 • Year Published: 2011 • No. of Pages: 274
• Price: RM 48.00
Liku-liku dalam penerbitan jurnal ilmiah Malaysia bermula seawal tahun 1847 dengan terbitnya Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia. Sejak itu telah terbit beratus-ratus jurnal ilmiah dalam pelbagai bidang ilmu daripada tangan individu, institusi penyelidikan, universiti, dan agensi awam serta pihak swasta.
|
| |
|
| |
|
Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu 2009
Author:Mohammad Redzuan Othman, Amer Saifude Ghazali & Zulkarnain Abdul Rahman • ISBN: 978-983-100-513-2 • Year Published: 2011 • No. of Pages: 191
• Price: RM 35.00
Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu ini merupakan pilihan raya kedua yang diadakan selepas 'Tsunami Politik' 8 Mac 2008. Pengundi Kuala Terengganu membuat keputusan pada 17 Januari 2009 dengan memberi mandat kepada Mohd Abdul Wahid Endut sebagai wakil rakyat Parlimen Kuala Terengganu sehingga Pilihan Raya Umum akan datang.
|
| |
|
| |
|
Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-12: Isu dan Pola Pengundian
Author:Joseph M. Fernando, Zulkanain Abdul Rahman & Suffian Mansor • ISBN: 978-983-100-517-0 • Year Published: 2011 • No. of Pages: 312
• Price: RM 50.00
Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12 (PRU ke-12) yang diadakan pada 8 Mac 2008 merupakan peristiwa bersejarah (historical watershed), cukup bermakna dan membawa erti yang tersendiri kepada arena politik Malaysia secara keseluruhannya. Buat pertama kalinya bagi tempoh 50 tahun selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, Barisan Nasional hanya berupaya membentuk sebuah kerajaan dengan kemenangan majoriti mudah, bukannya menguasai lebih 2/3 kerusi Parlimen. Dengan kata lain, PRU ke-12 memberi kejutan besar atau tsunami politik yang membawa implikasi besar dan tersendiri kepada hala tuju politik Malaysia sekurang-kurangnya untuk tempoh lima tahun akan datang.
|
| |
|
| |
|
Pengenalan Kepada Akta Kerja 1955 (Edisi Ketiga)
Author:Siti Zaharah Jamaluddin • ISBN: 978-983-100-515-6 • Year Published: 2011 • No. of Pages: 241
• Price: RM 55.00
Buku ini membincangkan perkara-perkara yang menjadi asas kepada perhubungan antara majikan dengan pekerjanya. Antara tajuk-tajuk yang dibincangkan di dalam buku ini adalah terma dan syarat kontrak pekerjaan, sumber-sumber terma, bentuk-bentuk penamatan, gangguan seksual di tempat kerja dan penguatkuasaan. Perbincangan untuk edisi ketiga ini merangkumi kedudukan undang-undang pekerjaan di Malaysia sehingga tahun 2010.
|
| |
|
| |
|
Undang-undang Perhubungan Perusahaan di Malaysia (Edisi Kedua)
Author:Siti Zaharah Jamaluddin • ISBN: 978-983-100-514-9 • Year Published: 2011 • No. of Pages: 213
• Price: RM 50.00
Buku Undang-undang Perhubungan Perusahaan di Malaysia ini bertujuan menyediakan rujukan untuk para pelajar undang-undang, khususnya bagi mereka yang mempelajari undang-undang buruh di Malaysia; dan amnya kepada mereka yang terlibat dalam bidang sumber manusia.
|
| |
|
| |
|
Real-Life Dilemmas in Moral Education
Author:Vishalache Balakrishnan • ISBN: 978-983-100-521-7 • Year Published: 2011 • No. of Pages: 235
• Price: RM 45.00
Real-life moral dilemmas are conflicts faced by individuals in their daily lives. In teaching Moral Education to adolescents, the use of real-life moral dilemmas is practical and realistic. This is due to the fact that each individual differ in the way they interpret and resolve a moral issue. When individuals face moral dilemmas in their daily lives, they interpret those dilemmas according to their own moral orientation and level of moral development, and particular context and experience. Adolescents are capable of sharing their own-live moral dilemmas and interacting with others to resolve such matters.
|
| |
|
| |
|
Kebajikan Sosial Teori dan Praktis
Author:Siti Hajar Abu Bakar Ah • ISBN: 978-983-100-524-8 • Year Published: 2011 • No. of Pages: 227
• Price: RM 35.00
Gagasan penubuhan Negara Kebajikan, ideologi dan model kebajikan berperanan penting mencorak jenis masyarakat yang diingini. Realiti semasa menunjukkan fungsi dan amalan kebajikan sosial sedang menuju transisi ke arah prinsip selektif bersasaran, remedi sosial yang hanya bersifat sementara, dan sebagai anjakan ke alam pekerjaan yang produktif.
|
| |
|
| |